Bersatu kekal dalam PN, tanding pilihan raya

PETALING JAYA 16 Jun – Bersatu akan terus kekal dalam Perikatan Nasional (PN) dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor dan Negeri Sembilan menggunakan logo pakatan itu, kata Presidennya, Muhyiddin Yasin.

Beliau menjelaskan, sebagai parti pengasas PN, tidak ada sebab untuk Bersatu mengambil pendirian keluar daripada PN.

“Kita akan terus kekal sebagai anggota PN dan tidak ada mana-mana pihak pun yang boleh mengambil tindakan untuk menyingkirkan Bersatu. Tak boleh singkirkan Bersatu dari PN secara unilateral.

“Kalau ikut perlembagaan, ada perkara-perkara tertentu, fasal-fasal tertentu yang mana mereka perlu patuh dan antara perkara yang saya tak payah sebut fasal, dia kata mesti ada konsensus,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu di ibu pejabat parti itu di sini.

Turut hadir Naib Presiden Bersatu,  Dr Radzi Jidin dan  Ahmad Faizal Azumu serta Setiausaha Agung,  Mohamed Azmin Ali.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi PN kesal kerana gabungan yang kini mula diterima sebahagian besar pengundi Melayu sudah berdepan cabaran perpecahan dalaman.

“Sejak tertubuh pun kita yang mulakan gerakan itu dan kita sudah menggerakkan segala usaha kita dalam tempoh beberapa tahun lalu, sudah diterima secara baik oleh masyarakat Malaysia, inilah parti yang memperjuangkan nasib rakyat Malaysia.

“Mereka mengambil contoh waktu zaman Covid-19 dulu, kitalah satu-satunya parti yang sudah membentuk kerajaan dan terbukti memberikan, apa orang kata, bantuan dan pertolongan yang agak meluas.

“Jadi, sudah ada satu ‘branding’. PN adalah satu ‘brand’ yang baik yang kita mula tajakan,” katanya sambil menyatakan tiada sebarang pemakluman dibuat PN untuk memanggil sebarang mesyuarat setakat ini.

“Saya tidak dimaklumkan sebagai Timbalan Pengerusi (PN), dan saya semak ini, di depan saya ini semua ahli Majlis Tinggi (Tertinggi) PN. Jadi kalau tak panggil mesyuarat, tak boleh dikata mesyuarat itu sah.

“Kita sampai hari ini tidak ada satu mesyuarat pun dipanggil, khususnya untuk membincangkan soal persiapan pilihan raya. Saya bukan nak bandingkan kehebatan saya, tapi menjalankan tugas sewaktu saya jadi Pengerusi Majlis Tertinggi PN. Satu ‘by-election’ (pilihan raya kecil) pun kita panggil (mesyuarat), satu ‘state election’ (PRN) apa lagi.

“Lepas itu ‘general election’ (pilihan raya umum) pun kita panggil, panjang, berkali-kali. Itu mesyuarat. Saya tak tahu kenapa perkara ini berlaku sekarang,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment