Bersatu kekal dalam PN, tanding pilihan raya

PETALING JAYA 16 Jun – Bersatu akan terus kekal dalam Perikatan Nasional (PN) dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor dan Negeri Sembilan menggunakan logo pakatan itu, kata Presidennya, Muhyiddin Yasin. Beliau menjelaskan, sebagai parti pengasas PN, tidak ada sebab untuk Bersatu mengambil pendirian keluar daripada PN. “Kita akan terus kekal sebagai anggota PN dan tidak ada mana-mana pihak pun yang boleh mengambil tindakan untuk menyingkirkan Bersatu. Tak boleh singkirkan Bersatu dari PN secara unilateral. “Kalau ikut perlembagaan, ada perkara-perkara tertentu, fasal-fasal tertentu yang mana mereka…

Read More

Suarakan dengan penuh hikmah, adab

SHAH ALAM 16 Jun  – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengulangi nasihat dan pesanan supaya umat Islam sentiasa mengutamakan perpaduan sempena bermulanya tahun baharu Hijrah. Baginda menarik perhatian, mengenai pesanan Almarhum Ayahanda baginda yang sering menasihatkan umat Islam tidak ‘wash dirty linen in public’. “Maksudnya, jika terdapat sebarang masalah, perbezaan pandangan atau perkara yang perlu diperbetulkan, maka suarakanlah dengan penuh hikmah dan adab. Jika mahu memberi nasihat atau teguran, lakukanlah dengan cara yang baik dan berhemah. “Apa jua isu yang timbul hendaklah diselesaikan melalui perbincangan secara tertutup, dengan semangat…

Read More

ICW gesa gantung program makanan

JAKARTA 16 Jun – Pemerhati Rasuah Indonesia (ICW) menggesa penggantungan program makanan percuma yang menjadi inisiatif utama Presiden Prabowo Subianto sambil mendesak siasatan terhadap projek itu diperluaskan. Ketua Bahagian Undang-Undang dan Siasatan ICW, Wana Alamsyah, berkata Agensi Pemakanan Nasional (BGN) sepatutnya dibubarkan kerana gagal melaksanakan tatakelola yang baik. BGN adalah agensi yang dipertanggungjawab menguruskan pelan makanan percuma di seluruh Indonesia bernilai AS$15 billion (RM60.7 bilion) bagi mengurangkan masalah kekurangan zat makanan dan kemiskinan rakyat republik itu. Wana mendakwa program itu dirancang dengan lemah dan dilaksanakan secara tergesa-gesa. “Wajar semua pihak…

Read More

Selat Hormuz mula dilalui kapal

TEHRAN –  Kapal-kapal sudah mula melalui semula Selat Hormuz dan laluan minyak yang amat penting itu akan “dibuka sepenuhnya” menjelang Jumaat, kata Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump. Kapal-kapal sudah mula bergerak, kebanyakannya membawa muatan minyak, keluar dari Selat Hormuz,” kata Trump, selepas Washington dan Tehran mengumumkan perjanjian untuk menamatkan perang di Asia Barat. Pembukaan semula salah satu laluan tenaga paling penting di dunia itu dilihat sebagai langkah besar ke arah menamatkan konflik berdarah dan kegawatan ekonomi yang berlarutan selama beberapa bulan susulan serangan AS-Israel ke atas Iran pada akhir…

Read More