Imran berjaya masuki Islamabad

ISLAMABAD 26 Mei –  Walaupun cuba dihalang oleh kerajaan, bekas Perdana Menteri Pakistan yang disingkirkan, Imran Khan tiba di Islamabad hari ini bersama ribuan penyokongnya bagi menghadiri perarakan besar-besaran. Lebih dramatik, Imran menyertai tunjuk perasaan itu dengan tiba menaiki helikopter dan mendarat di atas jalan raya yang dipenuhi penyokongnya di luar bandar Mardan, 100 kilometer di barat laut Islamabad. Konvoinya disertai sekitar 25,000 penyokong, bermula di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, dan bergerak di atas jalan raya sebelum tiba ke Islamabad sekitar tengah malam tadi. Sejak disingkirkan menerusi undi tidak percaya bulan…

Read More

Ketua MCA Pontian keluar parti

JOHOR BAHRU 26 Mei – Ketua Bahagian MCA Pontian yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Tee Siew Kiong mengumumkan keluar parti itu berkuatkuasa serta-merta. Siew Kiong, berkata, beliau tidak akan membuat rayuan terhadap tempoh penggantungan keahliannya selama lima tahun yang dikenakan parti terhadapnya menerusi Jawatankuasa Tatatertib. Katanya, rayuan tidak akan menyebabkan sebarang perubahan lebih-lebih lagi apabila cadangan keputusan daripada Jawatankuasa Tatatertib boleh diubah, maka keputusan rayuan juga sudah dalam jangkaan. “Saya seorang yang sentiasa bercakap benar. Betul atau salah bukanlah sesuatu yang boleh saya…

Read More

Bersatu sudah keluar surat tunjuk sebab

KUALA LUMPUR 26 Mei – Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin sudahpun menunjukkan tindak-tanduk bertentangan dengan parti sejak kebelakangan ini, kata Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan. Katanya, Bersatu memang sudah membincangkan kedudukan Zuraida, selepas meneliti tindak-tanduk beliau yang terkini. “Surat tunjuk sebab juga telah dikeluarkan hasil daripada pertimbangan itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini susulan pengumuman Zuraida menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM), sekali gus keluar Bersatu. Wan Saiful juga berkata, peletakan jawatan oleh Zuraida sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi,  bukan sesuatu yang mengejutkan kerana ia memang sudah…

Read More

Langkah, lompat PKR, Bersatu, PBM

AKHIRNYA Zuraida Kamaruddin mengesahkan cakap-cakap mengenai penglibatannya dalam Parti Bangsa Malaysia (PBM). Bukan berita mengejutkan kerana desas-desus mengenai penglibatannya bukan lagi rahsia. Hanya menunggu masa sama ada beliau umum secara terbuka atau disingkirkan daripada barisan kepemimpinan utama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Hari ini beliau memuktamadkan pendiriannya. Pengumuman itu menamatkan pelbagai spekulasi berkaitan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu itu yang dikaitkan dengan PBM sejak sebelum parti dilancarkan 21 Disember 2021. Ahli Parlimen Ampang itu hari ini mencatat sejarah bersama sekumpulan wakil rakyat lain sebagai antara anggota Parlimen yang bertukar…

Read More

Kes harian lepasi angka 2,000

PUTRAJAYA 26 Mei – Selepas tiga hari di bawah angka 2,000, Malaysia semalam melaporkan peningkatan kes harian Covid-19 dengan merekodkan 2,430 berbanding 1,918 yang direkodkan kelmarin,  1,544 (23 Mei) dan 1,817 (22Mei). Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,497,212 kes dengan kes aktif sebanyak 25,172. Menurut data laman COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 12 kes import dilaporkan manakala 24,053 sedang menjalani kuarantin di rumah dan enam kematian direkodkan menjadikan jumlah kumulatif 35,653 meninggal dunia. Sementara itu Selangor merekodkan kes harian tertinggi iaitu 1,272 menjadikan jumlah keseluruhan di negeri…

Read More

1,137,100 kanak-kanak lengkap 2 dos

PUTRAJAYA 26 Mei – Seramai 1,137,100 atau 32 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini sudah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids), setakat semalam. Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW hari ini, sebanyak 3,502 kanak-kanak tampil melengkapkan vaksinasi mereka semalam manakala 3,408 lagi mendapatkan dos pertama. Ini menjadikan sejumlah 1,687,515 atau 47.5 peratus daripada kanak-kanak itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,911,110 atau 93.6 peratus sudah lengkap divaksin, manakala 3,007,571 atau 96.7 peratus daripada…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.98

PUTRAJAYA 26 Mei – Nilai kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam naik semula kepada 0.98 berbanding 0.95 kelmarin. Bagaimanapun hanya tiga negeri merekodkan kenaikan lebih tinggi didahului Sabah 1.07, Melaka 1.00 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.99. Ini diikuti Selangor 0.95, Pulau Pinang 0.94, Johor 0.93, Kedah dan Perak masing-masing 0.91, Sarawak 0.89, Putrajaya dan Negeri Sembilan masing-masing 0.88 Sementara itu Pahang merekodkan 20 kes, Terengganu 14, Kelantan (8), Wilayah Persekutuan Labuan (6) dan Perlis (1). Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu…

Read More

Ucaptama PM bahasa Melayu

KATA dikota. Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa ke-27 Mengenai ‘Masa Depan Asia’ (Persidangan Nikkei) di Tokyo, pagi ini dengan menggunakan bahasa Melayu. Ucapan selama kira-kira setengah jam itu diterjemahkan ke bahasa Inggeris dan Jepun. Kerajaan sebelum ini mengarahkan semua urusan melibatkan luar negara termasuk surat-menyurat mesti menggunakan bahasa Melayu. Sebelum ini Ismail Sabri juga sewaktu sidang khas ASEAN bersama Presiden Amerika (Joe Biden), menggunakan bahasa Melayu.

Read More

Cacar monyet ‘serang’ Eropah

STOCKHOLM: Lebih 12 negara yang jarang merekodkan kes cacar monyet dengan kebanyakannya di Eropah, melaporkan mengesan sekurang-kurangnya satu kes cacar monyet, kata Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC). Menurut laporan itu, ini adalah kali pertama rantaian jangkitan dilaporkan di Eropah tanpa hubungan epidemiologi yang diketahui dengan Barat atau Afrika Tengah, di mana penyakit ini adalah endemik. United Kingdom yang jarang merekodkan kes cacar monyet mula mengesan wabak itu awal bulan ini, dan kini mencatat jumlah jangkitan terbesar dengan 71 kes, disusuli Sepanyol (59) dan Portugal (37). Di luar Eropah,…

Read More