Kadar kebolehjangkitan 0.98

PUTRAJAYA 26 Mei – Nilai kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam naik semula kepada 0.98 berbanding 0.95 kelmarin.

Bagaimanapun hanya tiga negeri merekodkan kenaikan lebih tinggi didahului Sabah 1.07, Melaka 1.00 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.99.

Ini diikuti Selangor 0.95, Pulau Pinang 0.94, Johor 0.93, Kedah dan Perak masing-masing 0.91, Sarawak 0.89, Putrajaya dan Negeri Sembilan masing-masing 0.88

Sementara itu Pahang merekodkan 20 kes, Terengganu 14, Kelantan (8), Wilayah Persekutuan Labuan (6) dan Perlis (1).

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment