Kumpulan ketiga jemaah Andalusia tiba

SEPANG 9 Julai – Seramai 36 orang jemaah haji yang mengikuti pakej Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia Travel) selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 2.00 petang semalam.

Mereka ini yang merupakan kumpulan ketiga jemaah pakej Andalusia tiba dengan  penerbangan KT86B bersama jemaah haji lain yang mengikuti pelbagai pakej pilihan masing-masing.

Ketibaan jemaah haji Andalusia Travel itu disambut petugas Andalusia

Kumpulan seterusnya dijangka tiba hari ini (10 Julai) kira-kira pukul 7 malam (KT100) manakala kumpulan berikutnya, yang terakhir pada pukul 9 malam (KT96) yang melibatkan seramai 100 orang jemaah haji.

Seramai 573 orang jemaah haji bersama 13 orang petugas tahun ini menunaikan haji di bawah kelolaan Andalusia Travel.

Pada 6 Jun lalu, salah seorang jemaah kelolaan Andalusia, Allahyarham Abd Yazit Matt, 65, dari kumpulan KT100 meninggal dunia  pukul 11.22 malam di Hospital Pakar Al Noor disebabkan serangan jantung.

Dua orang ahli keluarga Allahyarham yang menunaikan haji bersama sebelum ini dijangka tiba hari ini bersama kumpulan KT100.

Sementara itu rata-rata jemaah berpuas hati dengan perkhidmatan dan layanan yang diberikan para petugas Andalusia semasa ibadah haji terutama pada hari-hari kemuncak serta program di Makkah dan Madinah.

Ini termasuk penginapan yang terjamin serta berdekatan masjid sama ada di Makkah dan Madinah di samping sajian makanan yang baik sepanjang ibadah itu.

Bagi musim haji kali ini Andalusia menawarkan empat pakej iaitu Marsa yang dilancarkan buat pertama kali tahun ini di samping pakej sedia ada iaitu Malak, Olayan dan Safwah.

Kadar terendah ditawarkan adalah RM43,990 berbanding sebelum ini RM44,900, bergantung kepada jenis bilik dan jarak dengan masjid.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment