49 kes baharu di Singapura

SINGAPURA – Kementerian Kesihatan mengesahkan sebanyak 49 kes jangkitan Covid-19 pada Jumaat (27 Mac), dengan tiga kes membentuk kelompok baru di Pusat SingPost di Eunos.
Menurut satu kenyataan, sebanyak 22 kes merupakan kes jangkitan import manakala 27 adalah kes jangkitan setempat.
Kes jangkitan import baru merupakan warga atau pemegang pas jangka panjang yang pulang ke sini dan mempunyai sejarah perjalanan ke Eropah, Amerika Utara, Timur Tengah, Asean dan bahagian lain di Asia.
Dalam kalangan kes jangkitan setempat baru pula, lima kes berkait dengan kelompok pusat Yayasan Masyarakat PAP (PCF) Sparkletots Fengshan, dan tiga berkait dengan kelompok Sekolah Antarabangsa Dover Court.
Kini terdapat 25 kes berkait pra sekolah Fengshan itu, di mana 16 daripadanya adalah kakitangan sekolah berkenaan.
Baki sembilan kes merupakan ahli keluarga pengetua sekolah,
Jelas MOH, 11 kes telah pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah yang sudah sembuh kepada 183 orang.
Singapura setakat ini melaporkan 732 kes jangkitan dan dua kematian akibat Covid-19.
Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) berkata tiga kes yang berkait dengan kemudahan memproses paket SingPost telah diuji positif Covid-19.
“Selain langkah sedia ada, SingPost akan mengambil langkah berjaga-jaga lebih lanjut untuk melindungi kesihatan dan keselamatan pekerja pos, termasuk menyahjangkit premis dan peralatan sebelum memulakan operasi.

Related posts

Leave a Comment