Kes harian Thailand 4,837

BANGKOK 27 Mei – Thailand merekodkan penurunan kes harian Covid-19 hari ini dengan mencatatkan 4,837 kes berbanding 5,013 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,434,511.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 4,829 kes dalam kalangan penduduk awam, empat melibatkan penghuni penjara dan empat lagi kes import.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sebanyak 29 lagi individu meninggal dunia berbanding 33 semalam menjadikan jumlah kumulatif 29,910 kematian.

Kes kematian melibatkan mereka yang berumur antara 21 hingga 94 tahun termasuk seorang warga Myanmar.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 46,205 orang mendapatkan rawatan termasuk 18,829 di hospital di mana 979 dalam keadaan kritikal dan 493 bergantung kepada bantuan ventilator.

Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 5,198 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,358,396 orang pulih.

Sementara itu, Bangkok terus merekodkan kes harian tertinggi iaitu 1,986 diikuti Khon Kaen 173, Buri Ram 139, Nonthaburi 115, Chon Buri 112, Samut Sakhon 105, Maha Sarakham 93, Samut Prakan 87, Nakhon Ratchasima 81 dan Chaiyaphum 78.

Related posts

Leave a Comment