Kes harian Covid-19 turun

PUTRAJAYA 24 Mei – Malaysia terus merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,544 kes semalam berbanding 1,814 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,491,320 kes.

Berdasarkan data pada laman web COVIDNOW, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak tiga adalah kes import.

Kesemua kes harian tersebut dilaporkan di Selangor 828 kes, Kuala Lumpur 113, Pulau Pinang 93 kes, Melaka 86 kes, Johor 83 kes, Perak 75, Negeri Sembilan 63 dan Kedah 55.

Ini diikuti Sabah 43, Putrajaya 38, Sarawak 27, Kelantan 13, Terengganu 13, Pahang 12, Perlis (satu) dan Labuan (satu).

Sebanyak 2,905 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,432,071 kes.

Dalam masa sama, dua kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,645 kes serta tiada kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID kekal 7,551 kes.-

Related posts

Leave a Comment