4,167 kes baharu Singapura

SINGAPURA 25 Mei – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 4,167 kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini yang meliputi  4,162 jangkitan tempatan dan lima kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,282,280 dengan dua kematian dilaporkan yang membawa kepada 1,380 orang meninggal dunia setakat ini. Sebanyak 3,729 kes baharu Protokol 2, direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Semua kes itu terdiri daripada jangkitan tempatan manakala 438‬ ‬kes lagi disahkan menerusi ujian PCR iaitu 433…

Read More

“Kita perlu bertindak”

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, meminta rakyat negara itu melobi dan mendesak ahli Kongres meluluskan undang-undang senjata api yang lebih ketat susulan tragedi 19 murid sekolah rendah mati ditembak. Pelaku serangan itu, Salvador Ramos, 18, yang turut membunuh dua lagi mangsa dewasa, mati ditembak selepas menyerang anggota polis, di Sekolah Rendah Robb di Uvalde, Texas. Biden berkata demikian pada sidang media menyusuli kes tembakan ngeri di sekolah berkenaan tetapi tidak menyatakan apa yang ingin dlakukan atau meminta undian khusus dilakukan di Kongres atau menggubal dasar baharu. “Ketika menjadi…

Read More

250 kes harian Brunei Darussalam

BERAKAS 25 Mei  – Jumlah kes harian Covid-19 di Brunei Darussalam hari ini adalah sebanyak 250 naik sedikit berbanding 246 semalam  menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 147,271. Menteri Pertahanan II, Halbi Mohd Yussof, yang mewakili Menteri Kesihatan berkata, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 244 adalah hasil Ujian ART dan enam kes lagi hasil 298 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, satu kes direkodkan dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan…

Read More

Kes harian Covid-19 turun

PUTRAJAYA 24 Mei – Malaysia terus merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,544 kes semalam berbanding 1,814 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,491,320 kes. Berdasarkan data pada laman web COVIDNOW, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak tiga adalah kes import. Kesemua kes harian tersebut dilaporkan di Selangor 828 kes, Kuala Lumpur 113, Pulau Pinang 93 kes, Melaka 86 kes, Johor 83 kes, Perak 75, Negeri Sembilan 63 dan Kedah 55. Ini diikuti Sabah 43, Putrajaya 38, Sarawak 27, Kelantan 13, Terengganu 13, Pahang 12, Perlis (satu) dan Labuan (satu).…

Read More

Sheng Yi nama anak panda China

KUALA LUMPUR 25 Mei – Sheng Yi, itu nama anak ketiga pasangan panda gergasi dari China, Xing Xing dan Liang Liang. Dilahirkan hampir setahun lalu, nama yang diberikan kepada anak panda itu membawa maksud keamanan dan persahabatan. Nama tersebut diumumkan oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Takiyuddin Hassan pada satu majlis di Pusat Konservasi Panda Gergasi Zoo Negara pagi ini yang turut dihadiri oleh Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujin. “Hari ini adalah hari bersejarah bagi hubungan diplomatik Malaysia dan China apabila anak ketiga pasangan panda gergasi Xing Xing…

Read More

2,910,553 remaja lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 25 Mei – Sebanyak 1,131,326 atau 31.9 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids), setakat semalam. Angka itu meningkat selepas 3,648 lagi kanak-kanak tampil mendapatkan dos kedua sepanjang semalam. Pada masa yang sama, sebanyak 3,421 lagi mendapatkan dos pertama menjadikan sejumlah 1,683,567 atau 47.5 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Untuk rekod, tarikh akhir pemberian vaksin dos pertama Covid-19 bagi kanak-kanak menerusi PICKids adalah pada 31 Mei ini. Berdasarkan data menerusi…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.95

PUTRAJAYA 25 Mei – Nilai kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam adalah 0.95, menunjukkan peningkatan berbanding 0.89 kelmarin. Enam negeri mengatasi kadar peringkat kebangsaan itu didahului Sabah dengan nilai 1.07, Melaka 1.04 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.03. Ini diikuti Pulau Pinang 0.97, Negeri Sembilan dan Perak masing-masing merekodkan 0.96, Selangor 0.93, Johor dan Kedah masing-masing 0.92 dan Sarawak 0.90. Sementara itu Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan 20 kes, Pahang 19, Terengganu dan Kelantan masing-masing 13 kes, Perlis dua kes dan Wilayah Persekutuan Labuan satu kes. Nilai R-naught merujuk kepada…

Read More

18 murid korban tembakan rambang

UVALDE: Angka kematian terkini insiden tembakan di sekolah rendah Robb di Texas, Amerika Syarikat (AS) dilapor meningkat kepada 21 orang susulan empat lagi kematian membabitkan murid sekolah berkenaan. Menurut Senator Texas, Roland Gutierrez, ini menjadikan jumlah keseluruhan murid yang terkorban ialah 18 orang manakala jumlah mangsa dewasa yang terkorban meningkat kepada tiga orang setakat ini (10 pagi Malaysia). Jumlah kematian ini menjadikan insiden tembakan rambang pada Selasa itu kedua paling dahsyat selepas kejadian di Parkland, Florida di mana 17 orang terbunuh. Pada 2018, seramai 14 pelajar sekolah menengah dan tiga…

Read More

Brunei Darussalam ‘bebas’ 1 Jun

BANDAR SERI BEGAWAN 25 Mei – Brunei Darussalam akan menamatkan Fasa Awal Endemik di bawah Rangka Kerja Pelan Pemulihan Kebangsaan Covid-19 pada 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mohd Amin Liew Abdullah. Berikutan itu, mulai 1 Jun, garis panduan langkah-langkah pengawalan Covid-19 akan dikemaskinikan. Beliau yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua berkata, antara kemas kini itu termasuk tidak ada sebarang had dikenakan bagi perkumpulan ramai sama ada di rumah atau dewan. Begitu juga semua aktiviti kesukanan termasuk pertandingan atau perlawanan dibenarkan tanpa had dikenakan bagi…

Read More