Kadar kebolehjangkitan 0.95

PUTRAJAYA 25 Mei – Nilai kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam adalah 0.95, menunjukkan peningkatan berbanding 0.89 kelmarin.

Enam negeri mengatasi kadar peringkat kebangsaan itu didahului Sabah dengan nilai 1.07, Melaka 1.04 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.03.

Ini diikuti Pulau Pinang 0.97, Negeri Sembilan dan Perak masing-masing merekodkan 0.96, Selangor 0.93, Johor dan Kedah masing-masing 0.92 dan Sarawak 0.90.

Sementara itu Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan 20 kes, Pahang 19, Terengganu dan Kelantan masing-masing 13 kes, Perlis dua kes dan Wilayah Persekutuan Labuan satu kes.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment