4,167 kes baharu Singapura

SINGAPURA 25 Mei – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 4,167 kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini yang meliputi  4,162 jangkitan tempatan dan lima kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,282,280 dengan dua

kematian dilaporkan yang membawa kepada 1,380 orang meninggal dunia setakat ini.

Sebanyak 3,729 kes baharu Protokol 2, direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Semua kes itu terdiri daripada jangkitan tempatan manakala 438‬ ‬kes lagi disahkan menerusi ujian PCR iaitu 433 adalah jangkitan tempatan, manakala lima  adalah kes import.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 1.08, kurang sedikit berbanding 1.00 pada Sabtu, 21 Mei.

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru Covid-19 semakin merosot.

Sementara itu, seramai 323 pesakit masih dirawat di hospital, di mana 34 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, lima dipantau rapi di ICU manakala

2,935 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Setakat Rabu (25 Mei), sebanyak 96 peratus penduduk yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment