2,910,553 remaja lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 25 Mei – Sebanyak 1,131,326 atau 31.9 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids), setakat semalam.

Angka itu meningkat selepas 3,648 lagi kanak-kanak tampil mendapatkan dos kedua sepanjang semalam.

Pada masa yang sama, sebanyak 3,421 lagi mendapatkan dos pertama menjadikan

sejumlah 1,683,567 atau 47.5 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Untuk rekod, tarikh akhir pemberian vaksin dos pertama Covid-19 bagi kanak-kanak menerusi PICKids adalah pada 31 Mei ini.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sebanyak 2,910,553 atau 93.5 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun, telah lengkap divaskin, selepas 194 lagi remaja tampil semalam.

Sebanyak 238 remaja lagi mendapatkan dos pertama semalam menjadikan sejumlah 3,007,101 atau 96.6 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, seramai 16,084,603 atau 68.4 peratus orang dewasa di negara ini menerima suntikan dos penggalak, 22,973,173 atau 97.6 peratus lengkap dua dos dan 23,249,459 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sebanyak 9,883 dos harian diberikan semalam meliputi 2,129 suntikan penggalak, 3,945 dos kedua dan 3,809 dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kepada 70,826,089.

Related posts

Leave a Comment