6 juta jangkitan, 5.8 juta sembuh

JAKARTA 24 Mei – Indonesia merekodkan 345 kes baharu Covid-19 hari ini meliputi 325 jangkitan tempatan dan 20 kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 6,053,109. Jumlah kematian pula meningkat kepada 156,548 termasuk 14 lagi yang dilaporkan meninggal dunia hari ini. Turut menunjukkan peningkatan adalah kes sembuh apabila 288 orang pesakit dilaporkan pulih yang melibatkan 276 kes tempatan dan 12 import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 5,893,628. Kes aktif pula bertambah sebanyak 43 kes dengan jumlah kumulatifnya meningkat kepada 2,933 kes. Sementara itu, kes positif tertinggi direkodkan Jakarta…

Read More

Kelonggaran pelitup muka 15 Jun

BANGKOK 24 Mei – Pemakaian pelitup muka hanya akan diwajibkan kepada individu yang berpenyakit, warga emas dan wanita hamil berikutan kelonggaran yang akan berkuat kuasa pada pertengahan bulan Jun ini. Menurut Setiausaha Tetap Kesihatan Awam, Dr Kiattiphum Wongrajit, pelitup muka bagaimanapun masih dikenakan kepada orang ramai di tempat tertutup dan sesak. Katanya, berikutan keadaan Covid-19 yang semakin pulih dengan lebih cepat daripada jangkaan, penyakit itu akan menjadi endemik seperti yang dirancang Kementerian Kesihatan Awam mulai 1 Julai ini. Beliau berkata, pegawai kesihatan tempatan akan menawarkan nasihat kepada orang ramai tentang…

Read More

Tedros kekal Ketua Pengarah WHO

GENEVA 24 Mei – Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus, dilantik semula menyandang jawatan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) malam ini untuk penggal kedua. Pemilihan beliau dibuat pada Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75 di sini, pada Selasa, selepas menjadi calon tunggal untuk jawatan itu. Bekas Menteri Kesihatan dan Hal Ehwal Luar Habsyah itu dipilih buat pertama kali menyandang jawatan itu pada Mei 2017 dan merupakan pemimpin dari Afrika pertama menjawat jawatan itu, Dalam ucapannya selepas dipilih semula, Tedros berkata beliau menghargai keluarga WHO atas kerja keras mereka selama ini dan berterima…

Read More

Singapura catat 5,727 kes baharu

SINGAPURA 24 Mei – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 5,727 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat 12 tengah hari ini yang melibatkan 5,623 jangkitan tempatan dan 104 kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,278,113 kes dengan jumlah kematian pula meningkat kepada 1,378 orang termasuk satu kematian yang direkodkan hari ini. Sebanyak 5,301 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Kes baharu Protokol 2 itu terdiri daripada 5,207 jangkitan tempatan dan 94 kes import manakala…

Read More

Dua faktor sumbang lonjakan tambang

PUTRAJAYA 24 Mei – Dua faktor utama iaitu penawaran dan permintaan tidak seimbang serta kesesakan lalu lintas hingga menyebabkan masa perjalanan lebih lama,menjadi penyumbang kepada lonjakan kadar tambang e-hailing. Menteri Pengangkutan, Dr Wee Ka Siong, berkata maklumat itu diperoleh hasil perbincangan antara pihaknya dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dengan pengendali e-hailing (EHO) yang berkenaan. Beliau berkata, beberapa syarikat e-hailing juga menunjukkan penurunan bilangan pemandu berdaftar sebanyak 30 peratus berbanding sebelum Covid-19 melanda negara. “Kekurangan pemandu e-hailing ini secara tidak langsung menyebabkan masa menunggu kenderaan di beberapa tempat menjadi lebih…

Read More

Kes harian Brunei Darussalam turun

BERAKAS 24 Mei  – Jumlah kes harian Covid-19 di Brunei Darussalam hari ini adalah sebanyak 246 kurang berbanding 269 kes semalam  menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 147,021. Menteri Pertahanan II, Halbi Mohd Yussof, yang mewakili Menteri Kesihatan berkata, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 245 adalah hasil Ujian ART dan satu kes lagi hasil 454 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, tiada kes direkodkan dalam Kategori 5, dan juga  Kategori 4.…

Read More

5,580 kanak-kanak dapatkan vaksin

PUTRAJAYA 24 Mei – Sebanyak 5,580 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun tampil mendapatkan vaksin Covid-19 sepanjang semalam yang terdiri daripada 3,009 dos kedua dan 2,871 dos pertama. Setakat semalam, sebanyak 1,126,026 atau 31.7 peratus kanak-kanak lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids) manakala 1,679,475 atau 47.3 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos. Pada masa yang sama, sebanyak 22,972,947 atau 97.6 peratus golongan dewasa di negara ini telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin, dan 23,249,217 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Berdasarkan data menerusi laman…

Read More

Pak Long Mail terima ijazah kehormat

TOKYO 24 Mei – Sumbangan ‘Pak Long Mail’ dalam memerangi pandemik Covid-19 terutama ketika menjadi Menteri Kanan Pertahanan Kluster Keselamatan mendapat pengiktirafan Universiti Nihon, Jepun. Universiti terkemuka dan antara tertua di negara itu hari ini menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Perubatan kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob yang sedang mengadakan lawatan kerja rasmi ke Jepun selama enam hari. Presiden Universiti Nihon, Dr Naoto Kato menyampaikan anugerah itu di universiti berkenaan di bandar raya Itabashi, satu daripada pusat bandar yang terletak dalam metropolis Tokyo. Ismail Sabri ketika ucapan penghargaannya berkata, anugerah itu…

Read More

HFMD meningkat 20 kali ganda

PUTRAJAYA 24 Mei – Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negara ini meningkat 20 kali ganda dengan 47,209 kes dilaporkan setakat 21 Mei lepas berbanding 2,237 kes bagi tempoh sama tahun lepas. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 15,548 kes direkodkan pada Minggu Epidemiologi (ME) 20/2022 yang berakhir pada 21 Mei yang menunjukkan peningkatan 106.6 peratus, berbanding ME sebelumnya dengan hanya 7,526 kes di seluruh negara “Majoriti lokasi penularan wabak berlaku di taska, tadika dan prasekolah iaitu 711 wabak atau 61 peratus daripada kes…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.89

PUTRAJAYA 24 Mei – Nilai kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam adalah 0.89 di mana 11 negeri mengatasi kadar peringkat kebangsaan itu. Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan nilai 1.15 diikuti Melaka 1.08, Sabah 1.07,  Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.02 dan Perak 1.00. Ini diikuti Negeri Sembilan 0.99, Pulau Pinang 0.98, Johor 0.97, Kedah 0.96, Sarawak 0.95 dan Selangor 0.94. Sementara itu Kelantan dan Terengganu masing-masing merekodkan 13 kes, Pahang 12 kes, diikuti Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan masing-masing satu kes. Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu…

Read More