Kadar kebolehjangkitan 0.89

PUTRAJAYA 24 Mei – Nilai kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam adalah 0.89 di mana 11 negeri mengatasi kadar peringkat kebangsaan itu.

Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan nilai 1.15 diikuti Melaka 1.08, Sabah 1.07,  Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.02 dan Perak 1.00.

Ini diikuti Negeri Sembilan 0.99, Pulau Pinang 0.98, Johor 0.97, Kedah 0.96, Sarawak 0.95 dan Selangor 0.94.

Sementara itu Kelantan dan Terengganu masing-masing merekodkan 13 kes, Pahang 12 kes, diikuti Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan masing-masing satu kes.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment