Tedros kekal Ketua Pengarah WHO

GENEVA 24 Mei – Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus, dilantik semula menyandang jawatan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) malam ini untuk penggal kedua.

Pemilihan beliau dibuat pada Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75 di sini, pada Selasa, selepas menjadi calon tunggal untuk jawatan itu.

Bekas Menteri Kesihatan dan Hal Ehwal Luar Habsyah itu dipilih buat pertama kali menyandang jawatan itu pada Mei 2017 dan merupakan pemimpin dari Afrika pertama menjawat jawatan itu,

Dalam ucapannya selepas dipilih semula, Tedros berkata beliau menghargai keluarga WHO atas kerja keras mereka selama ini dan berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan.

Beliau berkata tumpuan utamannya ialah promosi kesihatan, penjagaan kesihatan primer, persediaan dan tindak balas kecemasan, sains, inovasi dan kesihatan digital.

Tedros akan memegang jawatan itu untuk tempoh lima tahun lagi bermula 16 Ogos 2022 hingga 15 Ogos 2027.

Tedros, yang merupakan salah seorang tokoh yang paling dikenali dalam perjuangan global menentang Covid-19, mengakui bahawa penggal lima tahun pertamanya adalah mencabar dan sukar namun ia satu penghormatan besar buatnya.

Related posts

Leave a Comment