Kes harian Brunei Darussalam turun

BERAKAS 24 Mei  – Jumlah kes harian Covid-19 di Brunei Darussalam hari ini adalah sebanyak 246 kurang berbanding 269 kes semalam  menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 147,021.

Menteri Pertahanan II, Halbi Mohd Yussof, yang mewakili Menteri Kesihatan berkata, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 245 adalah hasil Ujian ART dan satu kes lagi hasil 454 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu.

Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, tiada kes direkodkan dalam Kategori 5, dan juga  Kategori 4.

Katanya, sebanyak 223 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan 145,166 manakala jumlah kes aktif pula sebanyak 1,633 kes, iaitu 12 kes sedang dirawat di hospital, manakala 1,621 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

Sementara itu semalam, seramai 234 kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun mendapatkan dos pertama vaksin Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 33,809 atau 78.8 peratus telah menerima satu dos.

Sebanyak 985 dos kedua diberikan kepada kanak-kanak pada usia berkenaan menjadikan 16,439 atau 38.3 peratus menerima dua dos.

Related posts

Leave a Comment