5,580 kanak-kanak dapatkan vaksin

PUTRAJAYA 24 Mei – Sebanyak 5,580 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun tampil mendapatkan vaksin Covid-19 sepanjang semalam yang terdiri daripada 3,009 dos kedua dan 2,871 dos pertama.

Setakat semalam, sebanyak 1,126,026 atau 31.7 peratus kanak-kanak lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids) manakala 1,679,475 atau 47.3 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Pada masa yang sama, sebanyak 22,972,947 atau 97.6 peratus golongan dewasa di negara ini telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin, dan 23,249,217 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sebanyak 1,852 orang dewasa mendapatkan dos penggalak menjadikan jumlah keseluruhan 16,082,337 atau 68.4 peratus telah menerima suntikan dos penggalak.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,910,144 atau 93.5 peratus telah lengkap divaskin, manakala 3,006,641 atau 96.6 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 8.435 dos harian telah diberikan semalam, terdiri daripada 1,852 suntikan penggalak, 3,316 dos kedua dan 3,267 dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kepada 70,813,162.

Sementara itu, Portal Github Kementerian Kesihatan melaporkan dua kematian akibat Covid-19 semalam direkodkan di Selangor.

Related posts

Leave a Comment