Singapura catat 5,727 kes baharu

SINGAPURA 24 Mei – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 5,727 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat 12 tengah hari ini yang melibatkan 5,623 jangkitan tempatan dan 104 kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,278,113 kes dengan jumlah kematian pula meningkat kepada 1,378 orang termasuk satu kematian yang direkodkan hari ini.

Sebanyak 5,301 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Kes baharu Protokol 2 itu terdiri daripada 5,207 jangkitan tempatan dan 94 kes import manakala 426 ‬lagi disahkan menerusi ujian PCR, iaitu 416 jangkitan tempatan, dan 10 lagi kes import.

Sementara itu kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 1.35, meningkat berbanding 1.11 semalam.

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya. Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru Covid-19 semakin merosot.

Setakat semalam, seramai 297 pesakit masih dirawat di hospital, turun sedikit berbanding 305 semalam, 35 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan lima dipantau rapi di ICU.

MoH juga melaporkan seramai  3,968 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Mengenai vaksinasi, setakat semalam, sebanyak 96 peratus penduduk yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment