191 kes harian Brunei Darussalam

BERAKAS 22 Mei  – Jumlah kes harian Covid-19 di Brunei Darussalam menunjukkan penurunan hari ini dengan merekodkan 191 kes berbanding 271 semalam menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 146,506.

Menteri Pertahanan II, Halbi Mohd Yussof, yang mewakili Menteri Kesihatan berkata, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 189 adalah hasil Ujian ART dan dua kes lagi hasil 287 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu.

Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, tiada kes direkodkan dalam Kategori 5, dan satu kes direkodkan bagi Kategori 4 yang memerlukan bantuan oksigen.

Katanya, sebanyak 285 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan 144,672 manakala jumlah kes aktif pula sebanyak 1,613 kes, iaitu 12 kes sedang dirawat di hospital, manakala 1,601 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

Sementara itu semalam, 399 kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun mendapatkan dos pertama vaksin Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 33,575 atau 78.2 peratus telah menerima satu dos.

Sebanyak 1,147 dos kedua diberikan kepada kanak-kanak pada usia berkenaan menjadikan 15,454 atau 36.0 peratus manakala 98.3 peratus penduduk dewasa mendapat dua dos dan 69.2 peratus mendapat dos ketiga.

Related posts

Leave a Comment