2,827 kes harian Singapura

SINGAPURA 22 Mei – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 2,827 kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini yang meliputi 2,724 jangkitan tempatan dan 103‬ kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,269,635 kes dengan jumlah kematian pula 1,375 orang termasuk satu kes meninggal dunia dilaporkan hari ini.

Menurut MoH, sebanyak 2,535 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Ia terdiri daripada 2,471 jangkitan tempatan dan 94 kes import manakala 262‬ ‬kes disahkan menerusi ujian PCR iaitu 253 adalah jangkitan tempatan, manakala sembilan adalah kes import.

Sementara itu kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 1.08, kurang sedikit berbanding 1.00 semalam (Sabtu).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya di mana kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru Covid-19 semakin merosot.

Setakat semalam, seramai 282 pesakit masih dirawat di hospital, di mana 38 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, enam dipantau rapi di ICU manakala

4,306 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Mengenai vaksinasi, setakat semalam, sebanyak 96 peratus penduduk yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Secara keseluruhan, 93 peratus menerima satu dos, 92 peratus lengkap dua dos dan 75 peratus sudah disuntik dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment