2,827 kes harian Singapura

SINGAPURA 22 Mei – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 2,827 kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini yang meliputi 2,724 jangkitan tempatan dan 103‬ kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,269,635 kes dengan jumlah kematian pula 1,375 orang termasuk satu kes meninggal dunia dilaporkan hari ini. Menurut MoH, sebanyak 2,535 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Ia terdiri daripada 2,471 jangkitan tempatan dan 94 kes import manakala 262‬ ‬kes…

Read More

191 kes harian Brunei Darussalam

BERAKAS 22 Mei  – Jumlah kes harian Covid-19 di Brunei Darussalam menunjukkan penurunan hari ini dengan merekodkan 191 kes berbanding 271 semalam menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 146,506. Menteri Pertahanan II, Halbi Mohd Yussof, yang mewakili Menteri Kesihatan berkata, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 189 adalah hasil Ujian ART dan dua kes lagi hasil 287 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, tiada kes direkodkan dalam Kategori 5, dan satu kes…

Read More

RM132.4 juta bagi JBPM

KEPALA BATAS 22 Mei – Kerajaan meluluskan peruntukan pembangunan RM132.4 juta kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), bagi menambah baik kesiapsiagaan dan kebajikan anggota, kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata dana itu meliputi perolehan jentera bomba, kenderaan utiliti, kenderaan forensik kebakaran, kelengkapan perlindungan diri (PPE) serta sistem perisian pemantauan kebombaan, bertujuan mempertingkat keberkesanan jabatan dalam menangani kes kecemasan. Di samping itu, 18 buah projek pembinaan balai bomba yang apabila siap nanti, akan memberi impak besar kepada pengurangan tempoh masa bertindak, sekali gus dapat meningkatkan keyakinan Keluarga Malaysia…

Read More

Covid-19 belum berakhir – WHO

GENEVA : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengingatkan bahawa pandemik Covid-19 masih belum berakhir walaupun wabak berkenaan semakin menunjukkan perkembangan yang baik. Ketua Pengarahnya, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, semua negara perlu sentiasa mengambil langkah waspada. Menurut beliau, tidak semua negara di dunia bernasib baik dan hampir 70 negara masih bergelut dengan peningkatan kes Covid-19 dengan lebih sejuta orang masih tidak divaksin. “Kita sangat bernasib baik kerana di Switzerland mempunyai akses kepada vaksin dan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi. “Pandemik ini belum berakhir di mana-mana, sehingga ia berakhir di semua tempat. Memang…

Read More

2,021 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 22 Mei – Kes harian Covid-19 di negara ini mencatatkan 2,021 kes setakat malam tadi berbanding 2,063 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 4,489,503 kes. Menerusi laman sesawang COVIDNOW,  daripada jumlah itu hanya satu kes import dilaporkan manakala yang lain penularan tempatan. Sebanyak 28,085 kes aktif dilaporkan dengan 26,980 menjalani kuarantin di rumah, manakala tiga orang dilaporkan meninggal dunia iaitu dua di Johor dan satu di Pahang menjadikan jumlah keseluruhan 35,641 kematian. Sementara itu Selangor melaporkan kes harian paling tinggi iaitu sejumlah 878 kes menjadikan jumlah keseluruhan 1,358,168 diikuti…

Read More

31.3 % kanak-kanak lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 22 Mei – Sebanyak 11,485 lagi kanak-kanak mendapatkan dos kedua semalam menjadikan jumlah keseluruhan 1,111,499 atau 31.3 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini melengkapkan vaksinasi mereka. Setakat semalam, sebanyak 1,671,828 kanak-kanak atau 47.1 peratus daripada kumpulan itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids). Menurut laman sesawang COVIDNOW, bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,909,039 atau 93.5 peratus sudah lengkap menerima vaksinasi manakala 3,005,679 atau 96.6 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Sementara…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.87

PUTRAJAYA 22 Mei – Nilai kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara naik kepada 0.87 berbanding 0.85 kelmarin. Seperti semalam, tiada negeri merekodkan nilai di bawah kadar kebangsaan itu sebaliknya 12 negeri mengatasi nilai berkenaan dengan ada yang melebihi 1.00. Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan nilai 1.14 berbanding 1.17 kelmarin diikuti  Sabah 1.10 serta Melaka dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masing-masing 1.07. Ini diikuti Negeri Sembilan 1.05, Kedah dan Perak masing-masing 1.03, Pulau Pinang 1.02, dan Johor 1.00. Pahang dan Selangor masing-masing merekodkan 0.99, dan Sarawak 0.96. Sementara itu Terengganu merekodkan…

Read More