Kadar kebolehjangkitan 0.87

PUTRAJAYA 22 Mei – Nilai kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara naik kepada 0.87 berbanding 0.85 kelmarin.

Seperti semalam, tiada negeri merekodkan nilai di bawah kadar kebangsaan itu sebaliknya 12 negeri mengatasi nilai berkenaan dengan ada yang melebihi 1.00.

Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan nilai 1.14 berbanding 1.17 kelmarin diikuti  Sabah 1.10 serta Melaka dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masing-masing 1.07.

Ini diikuti Negeri Sembilan 1.05, Kedah dan Perak masing-masing 1.03, Pulau Pinang 1.02, dan Johor 1.00.

Pahang dan Selangor masing-masing merekodkan 0.99, dan Sarawak 0.96.

Sementara itu Terengganu merekodkan 12 kes, Kelantan 11 kes, Perlis dua dan Wilayah Persekutuan Labuan satu kes.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment