2,021 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 22 Mei – Kes harian Covid-19 di negara ini mencatatkan 2,021 kes setakat malam tadi berbanding 2,063 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 4,489,503 kes.

Menerusi laman sesawang COVIDNOW,  daripada jumlah itu hanya satu kes import dilaporkan manakala yang lain penularan tempatan.

Sebanyak 28,085 kes aktif dilaporkan dengan 26,980 menjalani kuarantin di rumah, manakala tiga orang dilaporkan meninggal dunia iaitu dua di Johor dan satu di Pahang menjadikan jumlah keseluruhan 35,641 kematian.

Sementara itu Selangor melaporkan kes harian paling tinggi iaitu sejumlah 878 kes menjadikan jumlah keseluruhan 1,358,168 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 345, dan Pulau Pinang 126.

Negeri Sembilan merekodkan sebanyak 125 kes, Melaka 108, Perak 98, Johor 85, Kedah 57, Wilayah Persekutuan Putrajaya 55, Sarawak 52, Sabah 41, Pahang 25, Terengganu 12, Kelantan 11, Perlis dua dan Wilayah Persekutuan Labuan satu kes.

Related posts

Leave a Comment