Covid-19 belum berakhir – WHO

GENEVA : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengingatkan bahawa pandemik Covid-19 masih belum berakhir walaupun wabak berkenaan semakin menunjukkan perkembangan yang baik.

Ketua Pengarahnya, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, semua negara perlu sentiasa mengambil langkah waspada.

Menurut beliau, tidak semua negara di dunia bernasib baik dan hampir 70 negara masih bergelut dengan peningkatan kes Covid-19 dengan lebih sejuta orang masih tidak divaksin.

“Kita sangat bernasib baik kerana di Switzerland mempunyai akses kepada vaksin dan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi.

“Pandemik ini belum berakhir di mana-mana, sehingga ia berakhir di semua tempat. Memang ada perkembangan yang baik, tetapi kita semua perlu terus berwaspada,” katanya semasa berucap merasmikan “Walk The Talk: The Health For All” sempena World Health Assembly ke-75 di Geneva, Switzerland.

World Health Assembly ke-75 bermula hari ini dan berakhir pada 28 Mei ini.

Katanya, pandemik Covid-19 memberi banyak pengajaran kepada penduduk dunia bahawa kesihatan adalah perkara paling berharga di dunia.

Related posts

Leave a Comment