31.3 % kanak-kanak lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 22 Mei – Sebanyak 11,485 lagi kanak-kanak mendapatkan dos kedua semalam menjadikan jumlah keseluruhan 1,111,499 atau 31.3 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini melengkapkan vaksinasi mereka.

Setakat semalam, sebanyak 1,671,828 kanak-kanak atau 47.1 peratus daripada kumpulan itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids).

Menurut laman sesawang COVIDNOW, bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,909,039 atau 93.5 peratus sudah lengkap menerima vaksinasi manakala 3,005,679 atau 96.6 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, sejumlah 16,078,909 atau 68.3 peratus golongan dewasa sudah menerima dos penggalak apabila 1,385 lagi individu tampil mendapatkan dos itu sepanjang semalam.

Di samping itu 22,972,623 atau 97.6 peratus orang dewasa telah lengkap dua dos dan 23,248,575 atau 98.8 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Bagi pemberian dos harian pula, sebanyak 20,860 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam termasuk 7,296 dos pertama dan 12,179 dos kedua, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,784,541.

Related posts

Leave a Comment