Kes harian Singapura meningkat

SINGAPURA 10 Mei – Kementerian Kesihatan (MoH) sekali lagi melaporkan jumlah kes harian Covid-19 di Singapura yang hampir mencecah 5,000 dengan merekodkan 4,831 kes baharu iaitu 4,619‬ jangkitan tempatan dan 212 kes import. Mengikut rekod, pada 5 Mei lalu, MoH Singapura melaporkan 4,733 kes baharu dengan melibatkan 4,475‬ jangkitan tempatan dan 258‬‬ kes import. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 1,225,024 dengan jumlah kematian pula 1,356 termasuk empat yang dilaporkan meninggal dunia hari ini. Dalam kenyataan malam ini, MoH memaklumkan 4,421 kes baharu Protokol 2,…

Read More

Panduan Pengurusan Pasca Covid-19

PUTRAJAYA 10 Mei – Kementerian Kesihatan (KKM) menerbitkan Garis Panduan Pengurusan Pasca Covid-19 Kebangsaan sebagai sumber rujukan menangani komplikasi atau sindrom Covid berpanjangan (Long Covid). Menterinya, Khairy Jamaluddin, berkata, tanpa rawatan khusus dan berstruktur, keadaan itu boleh berterusan sehingga menjejaskan kualiti hidup individu yang mengalami gejala Long Covid. Katanya, ia juga boleh menyebabkan implikasi seperti peningkatan morbiditi, kehilangan upaya, penurunan produktiviti, hilang punca pendapatan yang membawa kepada bebanan sosioekonomi bukan sahaja kepada individu tetapi juga keluarga, masyarakat serta ekonomi negara. Bagi menangani gejala Long Covid dengan berkesan dan selamat, Garis…

Read More

Pameran Tenun Pahang Diraja

LONDON 10 Mei –  Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Pameran Tenun Pahang Diraja, sempena London Craft Week (LCW). Buat julung kalinya, lebih 300 koleksi Tenun Pahang Diraja hasil kerja tangan banduan dari Penjara Penor dan Penjara Bentong, Pahang dipamerkan, termasuk pilihan pakaian Seri Paduka Baginda sendiri, serta koleksi rekaan dan tenun peribadi. Bertemakan “Menyulam Harapan” (Weaving Hope), pameran turut menampilkan fabrik arkib dari Muzium Pahang dan koleksi baju kurung dan samping Riau-Pahang serta penenun yang merupakan bekas banduan…

Read More

Lebih 9,000 Long Covid dirawat

PUTRAJAYA 10 Mei – Sehingga April lalu seramai 2,798 pesakit menjalani rawatan rehabilitasi Long Covid melalui rawatan pesakit dalam dan 6,432 melalui rawatan pesakit luar di fasiliti KKM di seluruh negara. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata, sebanyak 30 hingga 40 peratus pesakit Long Covid dapat kembali bekerja dalam tempoh tiga bulan selepas dijangkiti.manakala 60 hingga 70 peratus lagi, enam bulan selepas dijangkiti. “KKM akan terus menambah sumber dan peralatan untuk merawat serta memulihkan kes Long Covid sebagai sebahagian daripada strategi melindungi dan merawat mereka yang berisiko tinggi dijangkiti,” katanya. Antara…

Read More

Thailand catat 6,230 kes baharu

BANGKOK 10 Mei – Thailand merekodkan 6,230 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, kurang sedikit berbanding 6,488 kes yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 4,337,568. Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh yang sama 53 lagi individu meninggal dunia berbanding 55 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 29,196 kematian. Setakat semalam, sebanyak 80,002 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 29,108 di hospital di mana 1,481 dalam keadaan kritikal manakala 715 bergantung kepada bantuan ventilator. Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 11,132 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital. Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19…

Read More

Kes harian Brunei Darussalam meningkat

BERAKAS 10 Mei  – Kes jangkitan harian Covid-19 di Brunei Darussalam terus mencatatkan peningkatan apabila merekodkan 265 kes baharu hari ini berbanding 249 semalam dan 231 kelmarin. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 143,372. Menteri Kesihatan Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 260 adalah hasil Ujian ART dan lima kes lagi hasil daripada 355 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, tiada…

Read More

KKM sudah jangka kenaikan kes

PUTRAJAYA 10 Mei –  Kementerian Kesihatan (KKM) sudah menjangkakan terdapat peningkatan kes baharu Covid-19 selepas minggu pertama Aidilfitri, kata Menterinya, Khairy Jamaluddin. Beliau bagaimanapun berkata, masyarakat perlu membiasakan diri dengan situasi berkenaan iaitu terdapat peningkatan atau penurunan kes Covid-19 pada masa tertentu. “Seperti diramalkan, terdapat sedikit peningkatan dalam kes selepas minggu pertama Syawal. Kita perlu membiasakan diri dengan penularan yang ada `pasang dan surutnya’. “Selagi tahap keterukan masih rendah, kita boleh meneruskan peralihan ke fasa endemik,” katanya dalam ciapan di Twitter, hari ini. Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor…

Read More

Kes selepas raya meningkat lagi

PUTRAJAYA 10 Mei – Sebanyak 2,246 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan, semalam, meningkat sedikit berbanding 2,153 semalam menjadikan jumlah keseluruhannya kini mencecah 4,461,135 kes. Menurut data dikongsikan dalam COVIDNOW, jangkitan baharu itu membabitkan 2,241 penularan tempatan dan lima kes import. Selangor mencatat angka harian tertinggi dengan 1,160 kes, diikuti Kuala Lumpur 261, Pulau Pinang 151, Negeri Sembilan 116 dan Johor 104. Ini diikuti Perak 97, Kedah 92, Melaka 51, Kelantan 46, Sarawak 39, Sabah 38, Pahang 36, Terengganu 32, Perlis 13, Labuan enam dan Putrajaya empat. Terdapat sebanyak 22,368 kes aktif,…

Read More