Thailand catat 6,230 kes baharu

BANGKOK 10 Mei – Thailand merekodkan 6,230 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, kurang sedikit berbanding 6,488 kes yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 4,337,568.

Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh yang sama 53 lagi individu meninggal dunia berbanding 55 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 29,196 kematian.

Setakat semalam, sebanyak 80,002 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 29,108 di hospital di mana 1,481 dalam keadaan kritikal manakala 715 bergantung kepada bantuan ventilator.

Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 11,132 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 pula melaporkan daripada 6,230 kes baharu, sebanyak 6,210 kes dalam kalangan penduduk awam, 16 penghuni penjara dan empat kes import yang tiba dari Jerman, Jepun, Amerika Syarikat dan Myanmar.

Bangkok merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,144, diikuti Buri Ram 236, Khon Kaen 235, Surin 209, Samut Prakan 193, Chon Buri 185, Nakhon Ratchasima 175, Ubon Ratchathani 148, Nonthaburi 136 dan Rol Et 122.

Related posts

Leave a Comment