223 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 26 Jan. – Arab Saudi merekodkan 223 kes baharu jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang menjadikan jumlah kumulatif 366,807 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, empat lagi kematian dicatatkan dan ini membawa kepada 6,359 pesakit yang meninggal dunia setakat ini.

Pada masa yang sama, 203 pesakit dilaporkan sembuh dan ini meningkatkan jumlah pesakit pulih setakat ini sebanyak 358,340 atau 97.69 peratus daripada kes.

Kes aktif pula sebanyak 2,108 di mana 338 pesakit kritikal.

Daripada jumlah kes harian itu, Riyadh merekodkan kes tertinggi dengan 78 kes diikuti wilayah Timur 45 dan Makkah 34.

Related posts

Leave a Comment