Kes harian Singapura meningkat

SINGAPURA 10 Mei – Kementerian Kesihatan (MoH) sekali lagi melaporkan jumlah kes harian Covid-19 di Singapura yang hampir mencecah 5,000 dengan merekodkan 4,831 kes baharu iaitu 4,619‬ jangkitan tempatan dan 212 kes import.

Mengikut rekod, pada 5 Mei lalu, MoH Singapura melaporkan 4,733 kes baharu dengan melibatkan 4,475‬ jangkitan tempatan dan 258‬‬ kes import.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 1,225,024 dengan jumlah kematian pula 1,356 termasuk empat yang dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Dalam kenyataan malam ini, MoH memaklumkan 4,421 kes baharu Protokol 2, iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Daripada 4,421 kes itu, sebanyak 4,225‬ adalah jangkitan tempatan dan 196 kes import.

Sebanyak 410 kes lagi disahkan menerusi ujian PCR yang melibatkan 394 jangkitan tempatan dan 16 kes import.

Sebanyak 3,119 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital

Menurut MoH, kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 1.49 naik berbanding 1.1 semalam.

Sementara itu, seramai 263 pesakit masih dirawat di hospital, berbanding 241 semalam di mana 24 kes memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan enam kes dipantau rapi di ICU.

Mengenai vaksinasi, sebanyak 92 peratus  penduduk Singapura yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment