Lebih 9,000 Long Covid dirawat

PUTRAJAYA 10 Mei – Sehingga April lalu seramai 2,798 pesakit menjalani rawatan rehabilitasi Long Covid melalui rawatan pesakit dalam dan 6,432 melalui rawatan pesakit luar di fasiliti KKM di seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata, sebanyak 30 hingga 40 peratus pesakit Long Covid dapat kembali bekerja dalam tempoh tiga bulan selepas dijangkiti.manakala 60 hingga 70 peratus lagi, enam bulan selepas dijangkiti.

“KKM akan terus menambah sumber dan peralatan untuk merawat serta memulihkan kes Long Covid sebagai sebahagian daripada strategi melindungi dan merawat mereka yang berisiko tinggi dijangkiti,” katanya.

Antara hospital dan fasiliti kesihatan yang menyediakan perkhidmatan Perubatan Rehabilitasi untuk Long Covid ialah di Hospital Rehabilitasi Cheras, Hospital Kuala Lumpur, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Canselor Tunku Mukhriz dan Hospital Universiti Putra Malaysia.

Di Pahang, hospital dan fasiliti berkenaan ialah di Hospital Tengku Ampuan Afzan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Kelantan (Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Hospital Universiti Sains Malaysia ; Pulau Pinang Hospital Pulau Pinang, Hospital Seberang Jaya dan Hospital Balik Pulau.

Selain itu di Kedah iaitu Hospital Sultanah Bahiyah, Hospital Jitra; Hospital Kuala Nerang; dan Hospital Sultan Abdul Halim, Perak (Hospital Raja Permaisuri Bainun dan Hospital Batu Gajah), Sabah (Hospital Sandakan dan Hospital Queen Elizabeth) Sarawak (Hospital Umum Sarawak, Hospital Miri, Hospital Sibu).

Negeri lain ialah Johor iaitu di Hospital Sultan Ismail dan Hospital Sultanah Aminah, Terengganu (Hospital Kemaman, Hospital Sultanah Nur Zahirah; dan Hospital Dungun), Melaka (Hospital Melaka dan Pusat Rehabilitasi Perkeso Tun Abdul Razak).

Related posts

Leave a Comment