Vaksin jejak orang teori ‘gila’

LONDON: Teori yang mendakwa bahawa orang ramai boleh dijejaki melalui mikrocip dalam suntikan vaksin Covid-19 dianggap sebagai tidak masuk akal dan ‘gila’.

“Saya hampir ketawa kerana ini kenyataan tidak masuk akal,” kata Pengasas bersama Microsoft, Bill Gates dalam wawancara program Today terbitan Radio BBC.

Sejak dua tahun lalu, satu teori konspirasi tersebar luas di media sosial yang mendakwa Gates mahu menggunakan vaksinasi besar-besaran untuk menanam mikrocip ke dalam tubuh manusia supaya dia boleh menjejakinya secara digital.

Namun, Gates sentiasa menafikannya tetapi penafian yang dilakukan itu belum cukup untuk memadamkan teori tersebut.

“Maksud saya, adakah saya benar-benar mahu menjejaki orang? Saya belanja berbilion-bilion untuk vaksin. Saya tidak buat keuntungan melalui vaksin.

“Vaksin menyelamatkan nyawa, ia tidak menyebabkan kematian.

“Jadi, beberapa orang pernah menjerit kepada saya bahawa saya telah menjejaki mereka dan itu adalah perkara yang mengerikan,” ujarnya.

Related posts

Leave a Comment