Peningkatan kes harian di Malaysia

PUTRAJAYA 31 Mei – Jumlah kes harian Covid-19 di negara ini semalam merekodkan sedikit peningkatan dengan merekodkan 1,325 berbanding 1,155 kes kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,505,059.

Menurut data laman COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 23,779 kes aktif dengan kes sembuh pula 1,935 orang menjadikan jumlah keseluruhan 4,445,611 pesakit pulih.

Sebanyak empat kematian direkodkan termasuk satu kes BID menjadikan jumlah keseluruhan 35,669 orang meninggal dunia setakat ini sementara 32 orang dirawat di ICU dan 15 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu Selangor terus merekodkan kes harian tertinggi iaitu 611 berbanding 520 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu meningkat kepada 1,365,498 orang.

Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mencatatkan 218 (185), Pulau Pinang 94 (90), Perak 82 (81), Johor 51 (47), Kedah 50 (34), Negeri Sembilan 48 (42), Sabah 41 (39), Melaka 41 (34),Wilayah Persekutuan Putrajaya 35 (29).

Sarawak 14 (27), Kelantan 13 (13), Pahang 13 (13), Terengganu 11 (4), Perlis 3 (4), Wilayah Persekutuan Labuan tiada kes (0).

Related posts

Leave a Comment