4,985 kes baharu Singapura

SINGAPURA 31 Mei – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 4,985 kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini yang terdiri daripada 4,774‬ jangkitan tempatan dan 211 kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,303,294 dengan jumlah kematian pula 1,389 orang termasuk tiga yang dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Sebanyak 4,546 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Di samping itu sebanyak 439 ‬kes disahkan menerusi ujian PCR di mana 429 adalah jangkitan tempatan, manakala 10 adalah kes import.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.82, kurang berbanding 0.95 semalam. Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baharu Covid-19 semakin merosot.

Sementara itu, sebanyak 330 pesakit masih dirawat di hospital, turun sedikit berbanding 337 semalam di mana 38 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan 11 dipantau rapi di ICU.

MoH juga merekodkan seramai 3,347 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Mengenai vaksinasi, sebanyak 96 peratus penduduk yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment