Vaksin percuma kanak-kanak berakhir

PUTRAJAYA 31 Mei – Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) yang memberikan vaksinasi secara percuma kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun berakhir hari ini.

Mulai esok, 1 Jun, kanak-kanak dalam lingkungan usia itu perlu mendapatkan vaksin Covid-19 yang ditawarkan di pasaran swasta secara berbayar.

Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada kanak-kanak yang terpaksa membatalkan janji temu sebelum atau pada 31 Mei 2022, akibat jangkitan Covid-19.

PICKids vaksin Covid-19 sebelum ini sepatutnya tamat pada 15 Mei 2022 tetapi telah dilanjutkan sehingga hari ini, 31 Mei 2022.

Kementerian Kesihatan (KKM) tidak berhasrat melanjutkan lagi tarikh pemberian vaksinasi secara percuma itu kerana, KKM sudah memberi masa yang cukup kepada ibu bapa untuk membawa anak mereka mendapatkan vaksinasi secara percuma.

Sepanjang PICKids berjalan, data oleh KKM memaklumkan Sarawak mencatatkan peratus tertinggi iaitu 87.4 peratus kanak-kanak yang mengambil suntikan vaksin, diikuti Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Labuan.

PICKids bermula pada 2 Februari 2022 dengan 33 peratus golongan itu lengkap divaksinasi hingga 30 Mei.

Related posts

Leave a Comment