Shanghai kembali normal 1 Jun

SHANGHAI 31 Mei – Selepas dua bulan berkurung, bandar raya Shanghai akan beralih ke fasa normal kawalan pandemik Covid-19 bermula esok, 1 Jun dengan membenarkan pusat beli-belah serta premis perniagaan dibuka semula.

Naib Datuk Bandar, Zong Ming, berkata laluan rel juga dibenarkan beroperasi mengikut kapasiti normal dan jumlah penerbangan domestik ke bandar raya juga  ditingkatkan dengan syarikat melakukan pelarasan menguruskan faktor kesesakan.

Beliau berkata, pengumuman itu turut menyaksikan orang awam di kawasan risiko rendah boleh kembali bekerja.

Bagi kawasan awam, masih tertakluk kepada kapasiti 75 peratus dan orang ramai perlu menunjukkan keputusan negatif menerusi ujian RT-PCR yang dibuat dalam tempoh 72 jam lalu, sebelum memasuki kawasan.

Bagaimanapun Beijing sebaliknya terus mengekalkan sekatan yang dilakukan secara drastik walaupun bilangan kes menurun.

Shanghai menyasarkan menamatkan penutupannya bermula esok dengan membenarkan orang ramai keluar, perniagaan dibuka walaupun kebanyakan penduduk masih terkurung di kawasan perumahan mereka dan kebanyakan kedai terhad untuk membuat penghantaran.

Sementara itu Timbalan Pengarah Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Shanghai, Zhao Dandan, menggesa agar terus berjaga-jaga walaupun sebahagian besar daripada 25 juta penduduknya tinggal di kawasan yang berada dalam kategori berisiko paling rendah.

Related posts

Leave a Comment