Kematian di Thailand lepasi 30,000

BANGKOK 31 Mei – Jumlah kematian harian akibat Covid-19 di Thailand menunjukkan penurunan tetapi jumlah keseluruhan mereka yang meninggal dunia setakat hari ini melepasi angka 30,000.

Sebanyak 21 lagi kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam berbanding 26 hari sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia meningkat kepada 30,019 orang.

Jumlah kes harian pula meningkat sedikit daripada 3,854 kepada 3,955 termasuk satu kes import tetapi tidak termasuk 3,345 kes positif hasil ujian antigen yang jika digabungkan membawa kepada jumlah harian sebanyak 7,300.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), jumlah kematian yang direkodkan melibatkan mereka yang berumur antara lima bulan sehingga 96 tahun.

Setakat semalam, sebanyak 39,861 orang menerima rawatan Covid-19 termasuk  15,798 di hospital dan 20,850 di rumah dan juga di pusat pengasingan masyarakat..

Daripada kes di hospital, sebanyak 880 dalam keadaan kritikal dan 435 bergantung kepada bantuan ventilator on ventilator.

Bangkok terus merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,167 diikuti Buri Ram  93

Samut Sakhon 66, Nakhon Pathom 65, Khon Kaen 61, masing-masing 58 kes di Chon Buri dan Sakon Nakhon, Surin 55 dan 54 masing-masing di Samut Sakhon dan Udon Thani.

Sejak pandemik bermula awal tahun 2020, sebanyak  4,450,457 kes Covid-19 dilaporkan termasuk 2,227,022 pada tahun ini, sementara 4,380,577 dilaporkan sembuh.

Related posts

Leave a Comment