Kadar kebolehjangkitan 0.91

PUTRAJAYA 31 Mei – Nilai kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam naik kepada 0.91 berbanding 0.90 kelmarin.

Enam negeri mencatatkan nilai melebihi atau menyamai kadar kebangsaan dengan Sabah merekodkan kadar tertinggi iaitu 1.02 berbanding 1.08 kelmarin.

Ini diikuti Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kedah yang masing-masing merekodkan 0.95, Melaka 0.94, Perak 0.93 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.91.

Selangor merekodkan 0.90, Negeri Sembilan 0.89 diikuti Johor dan Pulau Pinang masing-masing merekodkan 0.88.

Sementara itu Sarawak merekodkan 14 kes, Kelantan dan Pahang masing-masing 13 kes, Terengganu 11 dan Perlis tiga kes.

Tiada kes baharu direkodkan di Wilayah Persekutuan Labuan selepas satu kes dicatatkan kelmarin.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment