Month: April 2022
Tiga hari kekal kadar 0.73
PUTRAJAYA 27 April – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam kekal 0.73, hari ketiga berturut-turut berada pada kadar berkenaan. Wilayah Persekutuan Putrajaya mendahului dengan kadar 1.11, satu-satunya negeri yang mencatatkan kadar melebihi 1.00. Ini diikuti Melaka dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan masing-masing merekodkan 0.85 diikuti Selangor 0.83, Negeri Sembilan 0.82, dan Perak 0.81. Sabah merekodkan 0.77, Pulau Pinang 0.75, Sarawak 0.70, Johor 0.69, Kedah dan Terengganu masing-masing 0.66, Pahang 0.64 dan Kelantan 0.61. Perlis mencatatkan lapan kes manakala Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan dua kes. Nilai R-naught…
Read More761,309 kanak-kanak lengkap vaksinasi
PUTRAJAYA 27 April – Sebanyak 761,309 atau 21.4 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam. Semalam, sebanyak 21,467 kanak-kanak tampil melengkapkan vaksinasi mereka manakala 6,155 mendapatkan dos pertama menjadikan 1,504,066 kanak-kanak atau 42.3 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Berdasarkan laman web COVIDNOW, sebanyak 2,889,620 individu atau 92.9 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah lengkap vaksinasi manakala 2,988,492 atau 96.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi dos penggalak pula, sebanyak 16,020,386 individu dewasa…
Read MoreMedia Hari Ini 27.04.2022
3,688 kes baharu di Singapura
SINGAPURA 26 April – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 3,688 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat 12 tengah hari ini yang menunjukkan peningkatan kes berbanding 2,058 semalam. Bagaimanapun jumlah kematian yang direkodkan hari ini dua orang berbanding enam yang direkodkan semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,187,914 dengan jumlah yang meninggal dunia pula 1,333 orang, Menurut MoH, daripada jumlah kes baharu itu p, sebanyak 3,633 adalah jangkitan tempatan dan 55 kes import. Sebanyak 3,331 kes baharu Protokol 2 direkodkan, pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh…
Read MoreKuota haji Singapura 407 jemaah
SINGAPURA 26 April – Singapura diberi kuota 407 orang jemaah bagi menunaikan ibadah haji tahun ini selepas dua tahun dibekukan akibat pandemik Covid-19. Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) menjelaskan jumlah itu adalah 45 peratus daripada kuota rasmi sebelumnya sebanyak 900 jemaah. Dalam kenyataannya, MUIS memaklumkan, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi (KSA) mengehadkan kepada sejuta jemaah termasuk 850,000 jemaah antarabangsa. Setiap negara diperuntukkan sekurang-kurangnya 45 peratus kuota prapandemik rasmi yang sebelumnya ditetapkan. KSA juga mengumumkan haji tahun ini akan diperuntukkan bagi jemaah berusia di bawah 65 tahun, yang harus lengkap…
Read MoreMaro : Pilih topik
136 kes baharu Brunei Darussalam
BERAKAS 26 April – Brunei Darussalam merekodkan 136 kes baharu Covid-19 hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 141,405 kes. Menteri Kesihatan Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 118 adalah hasil Ujian ART dan 18 kes adalah hasil daripada 597 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam masa 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, terdapat dua kes dalam Kategori 5, iaitu yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU). Satu kes dalam Kategori…
Read MoreThailand catat 13,816 kes baharu
BANGKOK 26 April – Thailand merekodkan 13,816 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, kurang sedikit berbanding 14,994 yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 4,180,868. Daripada jumlah itu, 13,758 melibatkan penduduk awam, seorang penghuni penjara dan 57 ketibaan dari negara luar termasuk dari United Kingdom, Jerman dan Singapura. Dalam tempoh yang sama, 120 kematian direkodkan berbanding 124 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 28,019. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, jumlah kes baharu itu tidak termasuk 7,009 kes positif hasil ujian antigen yang jika digabungkan membawa kepada jumlah keseluruhan 20,825. Semalam, sebanyak 167,124 orang…
Read More