761,309 kanak-kanak lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 27 April – Sebanyak 761,309 atau 21.4 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Semalam, sebanyak 21,467 kanak-kanak tampil melengkapkan vaksinasi mereka manakala 6,155 mendapatkan dos pertama menjadikan 1,504,066 kanak-kanak  atau 42.3 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, sebanyak 2,889,620 individu atau 92.9 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah lengkap vaksinasi manakala 2,988,492 atau 96.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi dos penggalak pula, sebanyak 16,020,386 individu dewasa atau 68.1 peratus telah menerima dos berkenaan.

Sebanyak  22,965,472 atau 97.6 peratus daripada populasi dewasa melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,242,030 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 34,376 dos vaksin Covid-19 harian diberikan semalam melibatkan 6,906 dos pertama, 22,782 dos kedua dan 4,688 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,158,087.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 13 kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan Selangor dan Kuala Lumpur masing-masing mencatatkan angka tertinggi iaitu tiga kes, diikuti Kedah dan Perak masing-masing dua kes manakala satu kes masing-masing di Melaka, Pahang dan Pulau Pinang.

Related posts

Leave a Comment