Larang 3 kategori mikromobiliti di jalan raya

PUTRAJAYA 26 April – Kementerian Pengangkutan melarang penggunaan kenderaan jenis mikromobiliti merangkumi tiga kategori di atas jalan raya berkuat kuasa serta-merta, kata Menteri Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong. Tiga kenderaan mikromobiliti jenis Moped, Personal Mobility Devices (PMD) dan Personal Mobility Aids (PMA) adalah dilarang penggunaannya di atas jalan berkuat kuasa serta-merta. Wee berkata larangan terhadap tiga kategori kenderaan mikromobiliti itu dilaksanakan mengikut Kaedah-Kaedah Lalu Lintas (Larangan Penggunaan Kenderaan Mobiliti Tertentu) 2021 yang berkuat kuasa 17 Dis 2021. Penggunaan kenderaan mikromobiliti di atas jalan adalah membahayakan bukan sahaja kepada pengguna kenderaan…

Read More

Veklury untuk kanak-kanak

LOS ANGELES: Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS)  meluluskan Veklury (remdesivir) untuk digunakan kepada kanak-kanak dijangkiti Covid-19, seawal usia 28 hari dengan berat sekurang-kurangnya tiga kilogram (kg) dan ke atas. Veklury diluluskan untuk kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital, atau mempunyai simptom ringan hingga sederhana yang berisiko tinggi menjadi lebih teruk. Langkah itu menyaksikan Veklury, rawatan Covid-19 pertama diluluskan untuk kanak-kanak berumur kurang daripada 12 tahun. Sebelum ini Veklury hanya diluluskan untuk merawat pesakit dewasa dan kanak-kanak tertentu berumur 12 tahun ke atas yang mempunyai berat sekurang-kurangnya 40 kg.…

Read More

Wanita tertua meninggal dunia

WANITA tertua di dunia, Kane Tanaka, 119 tahun dilapor meninggal dunia pada 19 April lalu, demikian menurut Guinness World Records dalam kenyataan di laman web rasminya. Sebelum ini Tanaka mengalami beberapa masalah kesihatan yang memaksanya “dikejarkan ke hospital beberapa kali”, jelas ahli keluarganya dalam catatan di akaun Twitter seminggu sebelum mendiang meninggal dunia. Tanaka dilahirkan pada 2 Januari 1903, tahun yang sama adik-beradik Wright menerbangkan kapal terbang pertama dunia. Pada Januari 1922, mendiang berkahwin dengan Hideo Tanaka dan pasangan tersebut dikurniakan lima orang anak Semasa Hideo berkhidmat sebagai anggota tentera…

Read More

Solat Aidilfitri di tempat terbuka

IPOH 26 April – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan membenarkan Solat Sunat Aidilfitri di tempat terbuka dan kawasan lapang dalam kawasan perumahan di negeri itu tanpa penjarakan fizikal pada 1 Syawal. Hidangan  jamuan Aidilfitri di masjid dan surau secara terbuka atau bufet serta aktiviti ziarah kubur juga dibenarkan. Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Mohd Annuar Zaini, berkata baginda bertitah,  penganjur solat perlu memaklumkan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum Aidilfitri kepada Pegawai Tadbir Agama Daerah dan Balai Polis atau Pondok Polis terdekat. “Solat Sunat Aidilfitri…

Read More

2,478 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 26 April – Malaysia kembali mencatatkan kes baharu Covid-19 bawah 3,000 dengan 2,478 kes baharu dilaporkan setakat semalam menjadikan jumlah keseluruhan 4,433,551. Kali terakhir negara ini mencatatkan kes Covid-19 bawah lingkungan berkenaan adalah pada 2 Januari lalu dengan 2,882 kes. Menerusi laman sesawang COVIDNOW, jumlah kes baharu yang dikesan itu membabitkan 2,471 kes penularan tempatan dengan tujuh kes lagi adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Bagi kes tempatan, daripada 2,471 kes sebanyak 2,356 melibatkan warganegara (95.3%) dan 115 bukan warganegara (4.7%). Sebanyak 98 kes memerlukan rawatan di…

Read More

736,114 kanak-kanak lengkap 2 dos

PUTRAJAYA 26 April – Sebanyak 24,818 lagi kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun mendapatkan dos kedua semalam menjadikan 736,114 atau 20.7 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun sudah melengkapkan vaksinasi. Pada masa sama, 6,791 mendapat dos pertama semalam menjadikan 1,497,935 kanak-kanak atau 42.2 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Ccovid-19 Kebangsaan (PICKids). Berdasarkan laman web COVIDNOW, sebanyak 2,888,431 individu atau 92.8 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sudah lengkap vaksinasi manakala 2,987,570 atau 96 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Sejumlah 16,014,864…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.73

PUTRAJAYA 26 April – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam turun kepada 0.73 selepas dua hari berada pada kadar 0.77. Wilayah Persekutuan Putrajaya kekal mendahului negeri lain dengan merekodkan 1.07 berbanding 1.15 kelmarin, dan satu-satunya negeri melebihi kadar 1.00. Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merekodkan 0.88, Selangor 0.84, Negeri Sembilan dan Melaka masing-masing 0.83. Sabah dan Perak merekodkan 0.81, Pulau Pinang 0.76, Sarawak 0.70, Terengganu dan Johor masing-masing 0.69, Kedah 0.68, Pahang 0.64 dan Kelantan 0.61. Sementara itu Perlis merekodkan 11 kes manakala Wilayah Persekutuan…

Read More

17,000 tan sisa makanan sehari

PUTRAJAYA 25 April –  Sebanyak 38,000 tan sisa pepejal dihasilkan sehari dan daripada jumlah itu 17,000 tan adalah sisa makanan merangkumi 44.5 peratus daripada keseluruhan komposisi sisa pepejal. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Reezal Merican Naina Merican, berkata daripada jumlah sisa makanan itu, 76 peratus merangkumi sisa makanan yang tidak dapat dielakkan dan tidak boleh dimakan oleh manusia seperti sisa tulang dan kulit buah-buahan. Sebanyak 24 peratus lagi adalah sisa makanan yang boleh dielakkan iaitu lebihan makanan seperti nasi, pasta, daging dan sayur-sayuran. Isi rumah di negara ini secara puratanya…

Read More