136 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 26 April – Brunei Darussalam merekodkan 136 kes baharu Covid-19 hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 141,405 kes.

Menteri Kesihatan Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 118 adalah hasil Ujian ART dan 18 kes adalah hasil daripada 597 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam masa 24 jam lalu.

Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, terdapat dua kes dalam Kategori 5, iaitu yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).

Satu kes dalam Kategori 4, yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Sebanyak 197 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan 140,249 manakala jumlah kes aktif pula sebanyak 938;kes, iaitu 22 kes sedang dirawat di hospital, manakala 916;kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

Related posts

Leave a Comment