Tiga hari kekal kadar 0.73

PUTRAJAYA 27 April – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam kekal 0.73, hari ketiga berturut-turut berada pada kadar berkenaan.

Wilayah Persekutuan Putrajaya mendahului dengan kadar 1.11, satu-satunya negeri yang mencatatkan kadar melebihi 1.00.

Ini diikuti Melaka dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  dengan masing-masing merekodkan 0.85 diikuti Selangor 0.83, Negeri Sembilan 0.82, dan Perak 0.81.

Sabah merekodkan 0.77, Pulau Pinang 0.75, Sarawak 0.70, Johor 0.69, Kedah dan Terengganu masing-masing 0.66, Pahang 0.64 dan Kelantan 0.61.

Perlis mencatatkan lapan kes manakala Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan dua kes.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment