3,688 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 26 April – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 3,688 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat 12 tengah hari ini yang menunjukkan peningkatan kes berbanding 2,058 semalam.

Bagaimanapun jumlah kematian yang direkodkan hari ini dua orang berbanding enam yang direkodkan semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,187,914 dengan jumlah yang meninggal dunia pula 1,333 orang,

Menurut MoH, daripada jumlah kes baharu itu p, sebanyak 3,633 adalah jangkitan tempatan dan 55 kes import.

Sebanyak 3,331 kes baharu Protokol 2 direkodkan, pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Daripada jumlah itu, 3,281 jangkitan tempatan dan 50 kes import.

Sebanyak 357 kes disahkan menerusi ujian PCR di mana 352 adalah jangkitan tempatan manakala lima adalah kes import.

Sementara itu, seramai 281 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 261 semalam di mana 34 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, tujuh dipantau rapi  di ICU manakala 2,778 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Mengenai vaksinasi, sebanyak 92 peratus penduduk Singapura yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment