Thailand catat 13,816 kes baharu

BANGKOK 26 April – Thailand merekodkan 13,816 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, kurang sedikit berbanding 14,994 yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 4,180,868.

Daripada jumlah itu, 13,758 melibatkan penduduk awam, seorang penghuni penjara dan 57 ketibaan dari negara luar termasuk dari United Kingdom, Jerman dan Singapura.

Dalam tempoh yang sama, 120 kematian direkodkan berbanding 124 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 28,019.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, jumlah kes baharu itu tidak termasuk 7,009 kes positif hasil ujian antigen yang jika digabungkan membawa kepada jumlah keseluruhan 20,825.

Semalam, sebanyak 167,124 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 43,880 di hospital di mana 1,825 dalam keadaan kritikal dan 868 bergantung kepada bantuan ventilator.

Dalam tempoh sama, sebanyak 21,072 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 3,999,541.

Bangkok terus mendahului kes harian dengan 3,373 kes diikuti Samut Prakan 483, , Buri Ram 453, Chon Buri 446, Nonthaburi 429, Khon Kaen 359, Si Sa Ket 335, Nakhon Pathom 321, Surin 312 dan Roi Et 281.

Related posts

Leave a Comment