Veklury untuk kanak-kanak

LOS ANGELES: Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS)  meluluskan Veklury (remdesivir) untuk digunakan kepada kanak-kanak dijangkiti Covid-19, seawal usia 28 hari dengan berat sekurang-kurangnya tiga kilogram (kg) dan ke atas.

Veklury diluluskan untuk kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital, atau mempunyai simptom ringan hingga sederhana yang berisiko tinggi menjadi lebih teruk.

Langkah itu menyaksikan Veklury, rawatan Covid-19 pertama diluluskan untuk kanak-kanak berumur kurang daripada 12 tahun.

Sebelum ini Veklury hanya diluluskan untuk merawat pesakit dewasa dan kanak-kanak tertentu berumur 12 tahun ke atas yang mempunyai berat sekurang-kurangnya 40 kg.

Memandangkan Covid-19 boleh mengakibatkan kesan teruk pada kanak-kanak yang tiada vaksinasi pada masa ini, terdapat keperluan terhadap rawatan Covid-19 yang selamat dan berkesan untuk golongan ini.

Related posts

Leave a Comment