17,000 tan sisa makanan sehari

PUTRAJAYA 25 April –  Sebanyak 38,000 tan sisa pepejal dihasilkan sehari dan daripada jumlah itu 17,000 tan adalah sisa makanan merangkumi 44.5 peratus daripada keseluruhan komposisi sisa pepejal. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Reezal Merican Naina Merican, berkata daripada jumlah sisa makanan itu, 76 peratus merangkumi sisa makanan yang tidak dapat dielakkan dan tidak boleh dimakan oleh manusia seperti sisa tulang dan kulit buah-buahan. Sebanyak 24 peratus lagi adalah sisa makanan yang boleh dielakkan iaitu lebihan makanan seperti nasi, pasta, daging dan sayur-sayuran. Isi rumah di negara ini secara puratanya…

Read More

Jawab segera surat tawaran haji

KUALA LUMPUR 26 April – Lembaga Tabung Haji (TH) mengeluarkan 14,306 surat tawaran haji hari ini yang memerlukan bakal jemaah yang terpilih memberi maklum balas dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh surat berkenaan dikeluarkan. Pengarah Eksekutif Haji TH Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata disebabkan kesuntukan masa, TH memohon kerjasama bakal jemaah haji untuk menjawab sama ada setuju atau tidak bersetuju dengan tawaran itu, dalam tempoh berkenaan. “Bakal jemaah haji boleh melayari www.thijari.com.my dan memuat naik aplikasi ThiJARI bagi menyemak serta menjawab tawaran haji yang telah dikeluarkan,” katanya dalam…

Read More

14,994 kes baharu Thailand

BANGKOK 25 April – Sebanyak 14,994 kes baharu dengan 124 kematian Covid-19 dilaporkan semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,180,868. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), jumlah kes harian itu tidak termasuk 6,761 kes positif hasil ujian antigen. Bagaimanapun angka semalam menunjukkan penurunan berbanding 17,784 dan  126 kematian yang direkodkan pada hari sebelumnya. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 14,932 adalah kes dalam kalangan penduduk awam, 19 melibatkan penghuni penjara dan 43 kes ketibaan dari luar negara. Sebanyak 174,500 orang mendapatkan rawatan termasuk  43,872 di hospital, di mana 1,876 kes serius…

Read More

Tol percuma, diskaun balik kampung

PUTRAJAYA 25 April – Tol percuma serta potongan harga hingga 50 peratus akan diberikan kepada pengguna lebuh raya utama negara bermula pukul 12 tengah malam Sabtu ini hingga 11.59 malam pada 1 Mei ini. Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, berkata persetujuan yang dicapai selepas sesi rundingan bersama 30 syarikat konsesi lebuh raya itu bakal membabitkan manfaat keseluruhan RM77.11 juta. Jumlah manfaat ini akan ditanggung bersama oleh kerajaan dan syarikat konsesi. Ismail Sabri berkata, langkah kerajaan memperuntukkan dana untuk tol percuma dan diskaun itu selaras fasa peralihan ke endemik sejak 1…

Read More

705,864 kanak-kanak lengkap 2 dos

PUTRAJAYA 25 April – Jumlah kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun yang melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids) kini meningkat kepada 705,864 individu atau 19.9 peratus. Berdasarkan laman web COVIDNOW, semalam 36,495 kanak-kanak tampil melengkapkan vaksinasi masing-masing. Dalam tempoh yang sama, 11,165 lagi kanak-kanak mengambil dos pertama yang menjadikan jumlah keseluruhan 1,488,811 orang dalam kumpulan sama atau 42 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 2,886,817 individu atau 92.8 peratus telah lengkap divaksin manakala 2,986,324 atau 96…

Read More

150 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 25 April – Brunei Darussalam merekodkan 150 kes baharu Covid-19 hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 141,269  dengan jumlah kematian kekal 95 orang. Menteri Kesihatan Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 126 adalah hasil Ujian ART dan 24 kes adalah hasil daripada 438 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam masa 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, terdapat dua kes dalam Kategori 5, iaitu yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif…

Read More

1,939 ambil dos penggalak kedua

BANGI 25 April – Sebanyak 1,939 dos penggalak kedua diberikan kepada penerima, dengan kebanyakan daripadanya merangkumi warga emas yang mempunyai komorbiditi, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Katanya, kebanyakan agihan suntikan dos penggalak kedua itu adalah secara ‘walk in’ atau datang terus ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Beliau berkata, pemberian vaksin kepada tiga golongan berkaitan seperti diumumkan sebelum ini akan diteruskan bagi mengekang risiko jangkitan kepada individu berisiko dan yang mempunyai keperluan tertentu. “Setakat ini sudah bagi 1,939 dos penggalak kedua, kebanyakan adalah ‘walk in’ kepada PPV dan babitkan warga emas…

Read More