705,864 kanak-kanak lengkap 2 dos

PUTRAJAYA 25 April – Jumlah kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun yang melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids) kini meningkat kepada 705,864 individu atau 19.9 peratus.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, semalam 36,495 kanak-kanak tampil melengkapkan vaksinasi masing-masing.

Dalam tempoh yang sama, 11,165 lagi kanak-kanak mengambil dos pertama yang menjadikan jumlah keseluruhan 1,488,811 orang dalam kumpulan sama atau 42 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 2,886,817 individu atau 92.8 peratus telah lengkap divaksin manakala 2,986,324 atau 96 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, 16,009,979 individu dewasa atau 68 peratus menerima dos penggalak manakala 22,964,189 atau 97.6 peratus melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,241,082 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sebanyak 52,712 dos vaksin Covid-19 harian diberikan semalam melibatkan 11,918 dos pertama, 37,974 dos kedua dan 2,820 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,070,020.

Related posts

Leave a Comment