150 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 25 April – Brunei Darussalam merekodkan 150 kes baharu Covid-19 hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 141,269  dengan jumlah kematian kekal 95 orang.

Menteri Kesihatan Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 126 adalah hasil Ujian ART dan 24 kes adalah hasil daripada 438 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam masa 24 jam lalu.

Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, terdapat dua kes dalam Kategori 5, iaitu yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).

Tiada kes dalam Kategori 4, yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Sebanyak 170 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan 140,052 manakala jumlah kes aktif pula sebanyak 999 kes, iaitu 26 kes sedang dirawat di hospital, manakala 973 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

Related posts

Leave a Comment