Tingkat penguatkuasaan di bazar Ramadhan

KUALA LUMPUR 15 April – Penguatkuasa Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan diarah mempertingkat penguatkuasaan di bazar Ramadan terutama yang mempunyai aduan mengenai pencemaran makanan. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata penguatkuasaan juga membolehkan tindakan segera diambil berhubung sebarang aduan berkaitan pencemaran makanan. Justeru beliau meminta pengguna membuat aduan sekiranya ada pencemaran makanan supaya pihak berkuasa tempatan yang jaga pasar malam atau bazar itu boleh mengambil tindakan terhadap gerai berkenaan. “Kementerian boleh turun laksanakan penguatkuasaan,” katanya selepas menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara First Ambulance Services Sdn Bhd (FAS) dan…

Read More

119 kes baharu Thailand

BANGKOK 15 April – Thailand merekodkan 119 lagi kematian akibat Covid-19 serta 20,289 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan 26,629 orang telah  meninggal dunia manakala jumlah kes 3,993,292. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, jumlah kes itu tidak termasuk 9,313 kes positif hasil ujian antigen yang jika digabungkan menjadi 29,602. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 20,179 kes dalam kalangan penduduk awam, 42 penghuni penjara dan 68 kes import. Sehingga semalam, sebanyak 224,905 orang menerima rawatan Covid-19 termasuk 65,240 di hospital,di mana 2,024 dalam keadaan kritikal dan 872 bergantung kepada bantuan ventilator. Dalam tempoh…

Read More

172 jangkitan baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 15 April – Kes jangkitan harian Covid-19 di Brunei Darussalam terus mencatatkan penurunan dengan merekodkan 172 kes berbanding 187 semalam  menjadikan jumlah keseluruhan 139,637. Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 149 adalah hasil Ujian ART dan 23 kes adalah hasil daripada 935 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam masa 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata terdapat tiga kes dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU). Tiada…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.86

PUTRAJAYA 15 April – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught atau Ro di seluruh negara semalam adalah 0.86, berbanding 0.85 kelmarin. Bagaimanapun Selangor masih merekodkan kadar tertinggi dengan mencatatkan kadar 0.91 sama seperti kelmarin. Ini diikuti Negeri Sembilan dengan kadar 0.82, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masing-masing 0.81, Melaka dan Terengganu masing-masing 0.80. Johor pula dengan kadar 0.77, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.76, Sabah 0.75, Pulau Pinang 0.73, Perlis 0.72, Pahang dan Sarawak masing-masing 0.71, Kedah 0.68 dan Kelantan 0.63. Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan tujuh kes. Nilai R-naught merujuk kepada tahap…

Read More

Kes baharu bertambah

PUTRAJAYA 15 April – Malaysia masih mengekalkan angka lima selepas merekodkan 10,413 kes baharu Covid-19 semalam, berbanding 10,052 kelmarin menjadikan jumlah kumulatif kes setakat ini sebanyak 4,363,024. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 13,361 kes (99.50%) adalah dalam kategori satu dan dua manakala 52 kes (0.50%) lagi dalam kategori tiga, empat dan lima. Daripada 52 kes Covid-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 14 April 2022, 16 kes (30.77%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 11 kes (21.15%) menerima dua dos vaksin…

Read More

8,094 lagi ambil penggalak

PUTRAJAYA 15  April – Sebanyak 8,094 lagi individu dewasa tampil mendapatkan dos penggalak semalam menjadikan jumlah 15,959,507 orang atau 67.8 peratus telah menerima dos itu menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Berdasarkan laman web COVIDNOW, sejumlah 22,959,889 individu atau 97.6 peratus daripada populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,236,544 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun pula, seramai 38,986 lagi menerima dos kedua semalam menjadikan 270,282 atau 7.6 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi. Sebanyak 38.9 peratus atau 1,380,661…

Read More

18 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 15 April – Kementerian Kesihatan melaporkan 18 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan  kini 35,381 orang, daripada 4.33 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini. Menurut data di portal COVIDNOW, lima daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). Terdapat 117,785 kes aktif COVID-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 114,854 individu atau 97.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah dan 366 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC). Sebanyak 2,411 kes dirawat…

Read More