18 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 15 April – Kementerian Kesihatan melaporkan 18 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan  kini 35,381 orang, daripada 4.33 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, lima daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Terdapat 117,785 kes aktif COVID-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 114,854 individu atau 97.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah dan 366 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 2,411 kes dirawat di hospital dan 154 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) di mana 65 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 89 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment